top of page
Picture1-transparent-smallwhite.png

PENGENALAN

Mutakhir ini, negara kita yang telah diterjemah oleh arus modernisasi telah berjaya menempa beberapa kejayaan di podium antarabangsa. Sebagai anak watan Malaysia, kita memang mendabik dada dengan pembangunan pesat di negara kita. Orang asing dari seantero dunia perlu mengakui bahawa bangunan yang kedua tertinggi di Asia Tenggara (Menara Berkembar Petronas) dan lapangan terbang yang disenarai 10 lapangan terbang terbaik di dunia (KLIA) berdiri megah di negara kita. Pada zaman Tok Nadur berkajang kain, negara kita dianggap sebagai cili padi yang tidak pedas, namun kita telah membuka mata dunia dengan kejayaan yang diperoleh kini. Kemakmuran yang dimiliki dapat dikekalkan dan dapat terus menerajui negara kita ke ambang kejayaan dengan mengukuhkan perpaduan antara kaum. 

 

Hal ini dikatakan demikian, perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditaklukan kuasa asing. Sudah terang lagi bersuluh, keamanan dan kemakmuran negara amat bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pada era globalisasi dan liberalisasi ini, semua pihak perlu bekerjasama untuk mencapai hasrat perpaduan negara demi mewujudkan negara yang lebih aman dan harmoni.

 

Oleh itu, kumpulan kami ‘Kumpulan 3’ telah bersetuju untuk menghasilkan sebuah video yang bertema ‘Makan Bersama’. Tujuan utama kami ingin menghasilkan video ini adalah untuk menunjukkan bagaimana masyarakat Malaysia dapat kekal dalam keadaan yang aman dan bersatu tanpa konflik. Selain itu, video tersebut akan menjadi sesuatu inspirasi kepada anak muda di masa hadapan. Kami juga ingin tunjukkan betapa penting untuk rakyat Malaysia dapat bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain untuk menjaminkan harmoni melalui video tersebut.

 

Video yang kami menghasilkan ini secara ringkas akan menceritakan tentang sekumpulan orang dengan berbilang kaum akan melawat pelbagai restoran seperti kedai cina, india, melayu dan french kerana ahli-ahli kami merangkumi bangsa-bangsa tersebut. Tujuan menghasilkan video tersebut adalah setiap ahli kumpulan dapat rasa pelbagai makanan yang disediakan oleh kaum lain. Dengan ini, kita dapat melahirkan perpaduan antara satu sama lain dan menghormati budaya lain dengan mempelajari sejarah makanan-makanan dari pelbagai kaum. Oleh sebab itu, kita boleh mengelakkan semua konflik antara semua bangsa dan kaum secara aman. 

OBJEKTIF VIDEO

Menyemai semangat bersatu-padu dan saling menghormati antara satu sama lain di kalangan masyarakat.
Memupuk kesedaran civic dan penghargaan terhadap pelbagai etnik dan makanan tradisional mereka.
Menunjukkan bagaimana masyarakat Malaysia dapat kekal dalam keadaan yang aman dan bersatu tanpa konflik.
Menyediakan platform untuk generasi muda pada masa hadapan menggalakkan nilai murni, perpaduan, keterangkuman dan penghormatan pelbagai etnik kepada masyarakat, dan menzahirkan rasa cinta kepada Negara.
Menyerlahkan bagaimana makanan boleh membawa orang dari pelbagai etnik untuk menikmati bersama.
Mengajar generasi muda untuk mengamalkan prinsip Rukun Negara.
bottom of page