top of page

REFLEKSI PELAJAR

Erissya Nur Binti Mohammad Zani

Erissya Nur Mohammad Zani 0352109.jpeg

Salam sejahtera, semua! Nama saya Erissya dan pada masa ini, saya merupakan seorang pelajar tahun pertama kursus seni bina di Taylor’s University, Selangor. Saya berasa amat gembira kerana saya dapat melalui subjek Hubungan Etnik, terutamanya, projek ini yang bertemakan ”Makan Bersama.”

Dari projek ini, saya dapat mempelajari pelbagai fakta dan sejarah tentang makanan-makanan di Malaysia seperi Ais Batu Campur, tat telur, dan sebagainya. Perkara utama yang saya dapat lihat adalah kita sebagai rakyat Malaysia sering mengikatkan silaturrahim melalui makanan. Contoh boleh diperhatikan adalah semasa perayaan kaum besar-besaran seperti jamuan Hari Raya, perayaan Tahun Baru Cina, sambutan Deepavali, dan banyak lagi. Tidak mengira kaum, ramai warga Malaysia yang berbilang bangsa suka menikmati pelbagai masakan yang wujud di negara kita ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan sepasukan saya dan pensyarah, Encik Clarence Ngui Yew Kit kerana saya tentu tidak akan berjaya menyiapkan projek ini tanpa mereka. Sekian, terima kasih.

Sofia Antolini

SOFIA ANTOLINI 0345676.heic

hai semua, saya sofia dan pada masa ini saya sedang menjalani tahun pertama saya dalam bidang seni bina di universiti taylors.  Saya bersyukur kerana hubungan etnik adalah sebahagian daripada pengajian saya kerana ia mengajar kita untuk memahami negara kita yang pelbagai, malaysia.  tugasan adalah berdasarkan 'makan bersama' yang membolehkan saya mencuba masakan baru dan belajar tentang budaya lain.

  projek ini membawa kumpulan daripada pelbagai latar belakang yang berbeza untuk makan bersama.  Saya mencuba abc yang merupakan sesuatu yang saya tidak pernah fikir saya suka, belajar tentang sejarahnya dan sebab sebenar ia mula popular.  Selain daripada projek ini, kuliah membantu memudahkan pemahaman saya tentang pelbagai etnik.

Muhammad Daniel Roshaidie

Muhammad Daniel Roshaidie .jpg

Salam sejahtera! Nama saya Muhammad Daniel Roshaidie dan kini mengambil jurusan seni bina di Universiti Taylors. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Encik Ngui Yew Kit selaku pensyarah modul Hubungan Etnik, dan rakan rakan saya yang terlibat dalam projek ‘makan bersama’ ini. Saya bersyukur kerana dapat mengeksekusikan projek ini dengan jayanya bersama ahli ahli kumpulan dalam kumpulan ini terutamanya Erissya yang telah memberi panduan dan mengetuai kumpulan ini. Tanpa mereka, projek ini tidak akan berjaya dan tidak mencapai tahap kualiti yang kami sekumpulan ingini. Modul Hubungan Etnik pula mengajar saya tentang pelbagai topik yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Jadi, saya sangat bersyukur dengan adanya modul sebegini dalam pelajaran saya.


Projek ‘Makan Bersama’ membuka mata saya kepada pelbagai jenis makanan daripada pelbagai kaum yang ada di negara ini. Ketika dalam proses merakam video, saya dapat belajar tentang makanan perancis oleh Sofia yang mempunyai kacukan perancis. Begitu juga dengan ABC, yang merupakan salah satu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Hal sebegini adalah satu sebab masyarakat kita bersatu dengan harmoni oleh kerana semangkuk pencuci mulut. Saya sangat bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia kerana terdapat pelbagai cara untuk menyatukan rakyat Malaysia pada setiap masa. Dengan itu, saya berharap perkara ini diteruskan selama-lamanya untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Adric Teo Yi Zheng

Adric Teo Yi Zheng.jpg

Hi semua! Nama saya Adric Teo Yi Zheng sedang mengambil jurusan Bachelor of Science in Architecture di Taylor’s University. Sebelum saya meneruskan refleksi diri yang didapati sepanjang subjek Hubungan Etnik terutamanya melalui projek kumpulan yang bertemakan “Makan Bersama” ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya dan pensyarah kami, Encik Clarence Ngui Yew Kit dalam menjayakan projek ini. Tanpa kerjasama daripada semua pihak, kerja kumpulan ini tentu tidak dapat selesaikan dengan cemerlang dalam masa yang diberikan. 

 

Melalui projek ini, saya dapat mempelajari dan memahami lebih banyak makanan-makanan pelbagai kaum yang kini dapat dinikmati di kedai-kedai seluruh Malaysia. Saya berasa sangat bangga terutamanya apabila rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama duduk di dalam kedai yang sama menikmati makanan yang berasal daripada kaum berlainan. Daripada projek ini juga saya dapat mengkaitkan ‘Makan bersama’ dengan kehidupan saya. Salah satu makanan kegemaran saya apabila melawat ke rumah terbuka bangsa Melayu atau melawat ke kedai makanan Melayu ialah Rendang Ayam dan Sate. Dengan ini sudah terang lagi bersuluh, makanan dapat mengeratkan hubungan dan jalinan antara kaum dengan kaum lain. Sekian, terima kasih. 

Yaashmita

Yaashmita 0345535.png

Selamat sejahtera semua! Name saya ialah Yaashmita dari jurusan "Bachelor of Science in Architecture". Projek ini sangat menarik dan menyeronokkan kerana saya mempelajari semua tentang budaya yang berbeza di Malaysia terutamanya makanan. Saya juga seronok mendapat kawan baru semasa projek ini kerana kami dapat bertemu untuk merakam video.

Semasa merakam video itu, saya dapat belajar tentang makanan Perancis. Ia adalah kali pertama saya mencuba makanan perancis dan ia sangat lazat. Semua daging di kedai itu sangat lembut dan berperisa. Kedai kedua yang kita pergi ialah restoran ala Melayu. Di sana kami mencuba cendol dan abc dan dapat mengetahui lebih lanjut tentang sejarah cendol. Sudah lama saya tidak makan cendol .Ia sangat manis dan menyegarkan. Perkara yang paling indah di malaysia adalah budaya kerana kita menyambut banyak perayaan di sini. Selain daripada makanan, kami menyambut perayaan Hari Raya, Deepavali, Krismas, Tahun Baru Cina dan lain-lain.

 

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan saya kerana melakukan kerja yang hebat dengan projek ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru saya kerana memberikan projek yang menyeronokkan kepada kami.

Pang Qi Yuan Ernest

Pang Qi Yuan Ernest.HEIC

Selamat sejahtera kepada pensyarah dan rakan-rakan saya. Saya Pang Qi Yuan Ernest dari program “Bachelor in Science Honors in Architecture”. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Encik Clarence Ngui Yew Kit yang menjayakan projek ini kerana melalui subjek Hubungan Etnik ini saya dapat mempunyai peluang untuk menjumpai kawan-kawan baharu dan juga mengetahui ilmu pengetahuan bersama-sama. 

 

Melalui project ini saya telah mempelajari tentang makanan-makanan daripada pelbagai kaum di negara kita. Saya juga berharap semua kaum kita dapat makan bersama-sama tanpa berbeza kaum supaya kita semua boleh hidup dengan harmoni. Seterusnya, saya juga sangat gembira dan bersyukur kerana ada peluang membuat kerja dengan kumpulan saya. Hal ini kerana, semua ahli di kumpulan saya selalu bekerjasama dan sentiasa membantu orang yang tidak faham atas kerja kita. Dengan itu,  kerja kumpulan kita dapat selesaikan dengan cemerlang dalam masa yang diberikan. 

 

Akhirnya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kumpulan saya dan saya berharap kita boleh menggunakan apa yang kita belajar dalam modul ini pada masa hadapan.

Beh Hui Ling

Beh Hui Ling 0345022.jpg

Salam sejahtera nama saya Beh Hui Ling dari jurusan Bachelor of science (Hons) Architecture. Pertama-tamanya saya amat bersyukur dengan peluang ini untuk melibatkan diri dalam projek "Makan Bersama" Hubungan etnik ini. Projek ini bukan sahaja semata-matanya untuk skor subjek saya, tetapi mengukuhkan lagi pengetahuan saya dalam kepentingan untuk mengekalkan hubungan erat antara rakyat Malaysia. Dalam projek ini, saya dapat mencubakan makanan daripada semua kaum malaysia. Selain itu, saya dan ahli kumpulan menyedarkan diri tenetang kepentingan menghayati keunikan makanan Malaysia. Makanan merupakan salah satu cara yang efektif untuk memperpaduankan semua rakyat dalam Malaysia. Melalui makanan yang enak sekali, hubungan antara kaum yang berbeza mendapat peluang untuk berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain.

Way Pei Yu

WAY PEI YU 0345327.jpg

Salam sejahtera kepada semua. Nama saya Way Pei Yu, umur saya 20 tahun, belajar di Taylor’s University, program saya ialah Bachelor of science (Hons) Architecture. Saya amat berterima kasih banyak-banyak kepada Encik Clarence Ngui Yew Kit atas bimbingannya yang teliti mengenai subjek hubungan etnik ini.

 

Dalam projek ini, saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada saya kerana diberi peluang untuk mengeratkan hubungan etnik. Projek "Makan Bersama" ini membolehkan saya belajar bagaimana untuk menyatukan dan menyelaraskan hubungan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.Saya sangat bertuah kerana kumpulan saya mempunyai pelbagai etnik. oleh itu, Oleh itu, kami dapat bertukar-tukar dan membincangkan budaya dan pengalaman kami. Saya juga berterima kasih kepada pasukan saya kerana mempunyai semangat yang kuat dan bekerjasama.

Hong Hann Yuan

Hong Hann Yuan.JPG

Saya Hong Hann Yuan, pelajar dari Bachelor of Quantity Surveying Semester 1.5. Melalui tugasan kumpulan yang diberi oleh pensyarah kursus  MPU3113 Hubungan Etnik, Encik Clarence Ngui Yew Kit; telah banyak memberi ilmu serta pengetahuan yang baru kepada kumpulan kami. 

Tajuk bagi tugasan kerja kumpulan kami ialah “Makan Bersama / Eating Together”. Kami tidak pernah belajar subjek Hubungan Etnik sebelum ini. Oleh itu, tugasan untuk menyiapkan kerja kursus ini merupakan satu percubaan baharu dan juga satu cabaran kepada kami tetapi kami menjayakan tugasan ini bersama-sama dengan penuh harapan yang tinggi untuk berjaya. Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat ilmu yang lebih mendalam dan pelbagai informasi terkini berkenaan makanan-makanan Malaysia semasa membuat kerja kursus ini.  

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya terutamanya ketua kumpulan kami, Errisya kerana banyak memberi usaha untuk menjadikan kerja kursus ini yang terbaik. Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan saya ini kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan.

Jane Loh Sze E

Jane Loh Sze E 0342517.HEIC

Salam sejahtera, nama saya Jane Loh Sze E. Saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran program Bachelor of Science (Honours) Actuarial Studies di Universiti Taylor Malaysia. Tajuk untuk projek Hubungan Etnik ialah ‘Makan Bersama’. Melalui projek ini, saya telah belajar banyak mengenai makanan tradisional bagi pelbagai kaum di Malaysia.

 

Dalam projek ini, tugasan saya ialah menulis skrip yang menarik bagi projek ini. Dengan ini, saya dapat peluang untuk memahami lebih tentang sejarah makanan tradisional di Malaysia.  Bukan itu sahaja, saya sangat gembira kerana dapat berkongsi cadangan-cadangan bersama ahli kumpulan saya supaya dapat menghasilkan projek yang baik. Saya berasa sangat gembira kerana ahli kumpulan saya sangat bekerjasama dan kami dapat berkomunikasi dengan baik. Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan atas kerjasama mereka untuk menyiapkan projek ini bersama-sama.

Chua Jia Qian

WhatsApp Image 2022-01-29 at 13.16.47.jpeg

Selamat sejahtera, nama saya ialah Chua Jia Qian. Saya merupakan seorang pelajar sem 1.5 yang sedang melanjutkan pelajaran dalam Bachelor of Science Actuarial Studies di Taylor’s University Lakeside Campus. Hubungan Etnik ialah model yang saya ambil dalam semester ini. Projek topic kumpulan kami di model ini ialah “Makan Bersama”.

Dalam projek ini, tugasan saya ialah menyunting video yang dirakam dan dimuat naikkan di Youtube selepas video. Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai peluang untuk lebih memahami tentang sejarah makanan tradisional Malaysia melalui projek ini. Makanan tradisional pelbagai kaum menjadikan Malaysia lebih unik dan istimewa. Oleh itu, saya berharap lebih banyak orang dapat mengenali makanan dari video kumpulan kami supaya makanan tradisional dapat terus diwarisi kepada generasi muda. Akhir sekali, saya mahu mengucapkan  terima kasih kepada rakan sekumpulan saya kerana  bekerjasama untuk menyiapkan projek ini dan Encik Clarence Ngui Yew Kit kerana berikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam projek ini. Sekian, terima kasih.

Chong Zhi Ying

Chong Zhi Ying 0344554.jpeg

 Salam sejahtera pensyarah dan rakan-rakan yang dikasihi, saya akan memperkenalkan diri saya. Nama saya Chong Zhi Ying. Saya berumur 20 tahun. Saya belajar Bachelor of Science (Honours) Actuarial Studies di Taylor’s University. Semester ini, saya sedang belajar Modul Hubungan Etnik. 

 

Di dalam modul ini, kami akan membuat satu e-portfolio dan satu video. Kami masing-masing telah ditugaskan kepada satu kumpulan dan diberikan tugas yang berbeza. Dalam projek ini, saya berada dalam kumpulan video dan kerja saya ialah merakam video. Sebelum merakam video itu, saya sangat gementar kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam penggambaran dan bimbang menjadikan video kelihatan tidak baik ia akan terlibat rakan sepasukan. Tetapi semasa proses rakaman, saya sangat terkejut kerana pasangan saya memberi banyak bantuan dan nasihat, dan juga banyak memberi semangat. Terima kasih banyak kepada mereka. Akhir sekali, harap kita menikmati video kami dan e-portfolio.

Chua Jae Rae

Chua Jae Rae.HEIC

Nama saya Chua Jae Rae dan saya seorang murid yang dalam kursus perniagaan dari Taylor’s University. Pada masa ini, saya sedang menjalani mata pelajaran Hubungan Etnik yang perlu dipelajari di university. Selepas itu, projek topik kami untuk mata pelajaran ini ialah “Makan Bersama”

 

Dari projek ini, saya telah mempelajari tentang sejarah dan budaya di negara Malaysia. Dalam proses projek ini, saya telah memahami banyak makanan tradisi daripada kaum yang lain. Salah satu makanan ialah makanan kaum india, saya telah cuba makanan ‘banana leaf rice’ dan juga sayur-sayuran yang disediakan oleh mereka. Ia adalah pengalaman yang hebat bahawa kami dapat mencuba pelbagai jenis makanan yang enak. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya dan cikgu kami, Encik Clarence Ngui Yew Kit kerana enggan membantu saya dengan masalah yang dihadapi.

Claire Hong Chooi Yue

Claire Hong Chooi Yue 0352423.jpeg

Salam sejahtera semua! Nama say Claire dan saya seorang tahun satu pelajar dari kursus kejuruteraan kimia. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan projek "Makan Bersama" ini. Melalui ini, saya belajar lebih banyak tentang budaya dan makanan tradisional etnik di Malaysia dan mencubanya, serta mendapat kawan baharu sepanjang perjalanan. Saya fikir projek ini adalah cara terbaik untuk mempamerkan bagaimana makanan mampu menyatukan rakyat tanpa mengira etnik dan menyerlahkan perpaduan rakyat Malaysia. Untuk projek ini, saya bertanggungjawab terutamanya untuk melengkapkan cadangan dan menampilkan dalam video sebagai pelakon. Pasukan kami berpecah kepada dua kumpulan dan kumpulan yang saya sertai melawat kedai kopi Nanking dan restoran Lotus, yang mempunyai masakan Cina dan India. Di restoran Lotus, saya mencuba roti naan dan ayam tandoori. Akhir sekali, saya ingin memberi sebutan khas kepada pensyarah Hubugan Etnik kami, Encik Ngui Yew Kit.

Parvindrra Kumarao

PARVINDRRA KUMARAO_edited.jpg

Salam sejahtera semua, nama saya Parvindrra Kumarao dan saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam Bachelor of Chemical Engineering di Taylor’s Universiti yang terletak di Selangor. Saya berasa amat gembira dapat mengambil module Hubungan Etnik dan projek bertema “Makan Bersama”. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan- kawan dalam kumpulan ini atas kerjasama setiap individul.

 

Dari projek ini, saya dapat mengetahui pelbagai fakta dan memahami tentang makanan cina seperti nasi ayam dan char keow teoy. Dalam proses projek ini, saya dapat melihat banyak perkara seperti rakyat Malaysia berkongsi tempat duduk dan makan bersama. Bukan itu sahaja, saya juga dapat merasa dan belajar makan dengan cara mereka. Dengan ini, saya juga berkongsi ilmu saya bila kami makan bersama di kedai india. Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkerjasama dan berkongsi ilmu dengan ahli kumpulan saya. Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, Encik Clarence Ngui Yew Kit kerana memilih tajuk “Makan Bersama”. Sekian, terima kasih.

bottom of page